Lelaki maut monyet baling batu-bata - Utusan Malaysia

Lelaki maut monyet baling batu-bata

BEBERAPA ekor monyet duduk di sebuah rumah penduduk di Shimla, India. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang lelaki maut selepas seekor monyet membaling batu bata ke arahnya di tingkat dua sebuah bangunan di kawasan Nabi Karim. 

Polis tempatan mengesahkan mangsa, Mohammad Kurbaan, 30, meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di kepala, lapor Indian Express. 

Difahamkan, penjual beg itu jatuh pengsan selepas diserang dengan batu-bata dan dibawa ke hospital. 

Hasil siasatan mendapati batu-bata itu berada di atas tangki air bagi mengelakkan monyet liar membukanya. 

Bagaimanapun, sekumpulan monyet itu berjaya mengalihkan kedua-dua batu-bata itu dengan mencampaknya kepada mangsa, manakala, batu lain dilempar ke kawasan perumahan berdekatan.

Awal bulan lalu, isteri kepada pemimpin parti Bharatiya Janata (BJP), Anil Kumar Chauhan, maut semasa cuba melarikan diri daripada serangan monyet di rumahnya di bandar Kairana. 

Sushma Devi, 50, maut akibat mengalami kecederaan serius selepas melompat dari tingkat atas rumahnya, 9 September lalu. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya