Lebih 150 maut dalam banjir, tanah runtuh di India dan Nepal - Utusan Malaysia

Lebih 150 maut dalam banjir, tanah runtuh di India dan Nepal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Lebih 150 orang maut dalam bencana banjir dan tanah runtuh yang melanda kawasan perumahan di India dan Nepal sejak beberapa hari lalu.

Pihak berkuasa melaporkan masih terdapat beberapa mangsa yang hilang.

Di negeri utara India, Uttarakhand, pihak berkuasa melaporkan 46 individu maut dengan 11 dipercayai masih hilang.

Daripada jumlah itu, seramai 30 orang di Uttarakhand terbunuh dalam tujuh insiden berlainan di wilayah Nainital awal Selasa lalu, selepas hujan lebat menyebabkan tanah runtuh.

Seramai lima ahli keluarga maut di rumah yang sama akibat tertimbus oleh tanah runtuh.

Di negeri selatan India, Kerala, Ketua Menteri, Pinarayi Vijayan memaklumkan jumlah kematian meningkat kepada 39 mangsa.

Di negeri Himalayan, seramai enam mangsa terbunuh Isnin lalu di dua daerah pedalaman.

Disebabkan itu, pihak berkuasa mengarahkan penutupan sekolah dan melarang semua upacara keagamaan serta aktiviti pelancongan.

Sementara itu, jumlah kematian sepanjang tiga hari hujan lebat yang menyebabkan tanah runtuh dan banjir di Nepal meningkat kepada 77 orang semalam, selepas pasukan penyelamat menemukan lebih 34 mayat.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN