Larang edaran produk DC Comics tampil watak Superman biseksual - Utusan Malaysia

Larang edaran produk DC Comics tampil watak Superman biseksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Anggota Komisi VIII Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Ahmad Fadil Muzakki Syah menegaskan produk terbitan DS Comics yang menampilkan watak Superman sebagai lelaki biseksual berbahaya kepada perkembangan kanak-kanak.

“Biseksual sangat berbahaya untuk anak-anak kerana tidak bagus. Saya tidak setuju dengan ajaran seperti itu dan Indonesia tidak perlu begitu,” katanya ketika dihubungi CNN Indonesia.

Menurut beliau, watak sedemikian tidak selari dengan nilai-nilai dipegang Indonesia.

Beliau meminta kerajaan melarang edaran produk DC Comics yang menampilkan Superman dengan gambaran sedemikian.

Selain itu beliau meminta Kementerian Pendidikan, Kebudayaan dan Teknologi bersama Kementerian Agama memberi maklum balas terhadap produk terbabit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN