Kim Jong Un bangga Korea Utara miliki tentera 'sangat kuat' - Utusan Malaysia

Kim Jong Un bangga Korea Utara miliki tentera ‘sangat kuat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un melahirkan keterujaan apabila tersenyum sambil bertepuk tangan melihat tentera tidak berbaju menunjukkan kehebatan semasa pameran ketenteraan negara itu.

Pameran itu bertujuan mempertontonkan kekuatan otot pasukan pertahanan negara serta senjata yang dibangunkan Pyongyang untuk melancarkan serangan nuklear.

Rakaman video menunjukkan tentera berpakaian seragam menyerang rakan mereka yang tidak berbaju dengan tiang kayu dan memecahkan papan konkrit yang diletakkan di perut tentera dengan tangan.

Aksi lain turut menunjukkan tentera menghancurkan batu bata dengan kepala mereka.

Video luar biasa itu adalah sebahagian daripada pameran pertahanan diri, Isnin lalu.

Pameran itu menandakan ulang tahun ke-76 Parti Buruh yang memerintah Korea Utara.

Dalam ucapannya, Jong Un memaklumkan negara itu sedang mempersiapkan barisan tentera yang ‘sangat kuat’ serta tidak dapat ditewaskan bagi menentang permusuhan dengan Amerika Syarikat (AS) yang masih berterusan.

Jong Un turut menjelaskan negara itu tidak akan bermusuhan dengan Korea Selatan.

“AS sering memberi isyarat tidak memusuhi negara kita, tetapi tiada bukti berdasarkan tindakan yang membuatkan kita percaya mereka tidak bermusuh.

“AS terus menimbulkan ketegangan di rantau ini dengan penilaian dan tindakan yang salah,” katanya lapor agensi berita pusat Korea Utara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya