Ketua polis belasah anak buah sebab masalah Zoom - Utusan Malaysia

Ketua polis belasah anak buah sebab masalah Zoom

RAKAMAN video menunjukkan anggota polis lain mengerumuni sebuah bilik selepas Ketua Polis Nunukan memukul anak buahnya.-MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KALIMANTAN UTARA: Ketua Polis Nunukan, SA didakwa memukul anggota polis bawahan hanya disebabkan masalah gangguan yang dihadapi ketika memasang aplikasi Zoom.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Propam Kepolisian Daerah yang bertanggungjawab mengenai pembinaan profesion organisasi polis, Dearystone Supit.

Katanya, SA menyertai aktiviti menggunakan Zoom dengan Ibu Pejabat Polis Negara ketika mengalami masalah tersebut dan staf berkaitan teknologi maklumat (IT) sepatutnya bersiap sedia dengan sebarang masalah yang boleh berlaku.

“SA cuba menghubungi staf tersebut kerana Zoom yang digunakan mengalami masalah. Bagaimanapun, staf itu dikatakan tidak dapat dihubungi.

“Disebabkan berang dengan situasi itu, SA menjadi emosional sebelum mencari dan membelasah staf tersebut,” katanya lapor Detik.com.

Menurut Dearystone, aksi pukulan itu berjaya dirakamkan dan tersebar luas dalam media sosial.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku dalam sebuah bilik di pejabat polis Nunukan, 21 Oktober lalu.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN