Kerajaan Taliban akan disertai golongan wanita - Utusan Malaysia

Kerajaan Taliban akan disertai golongan wanita

SUHAIL SHAHEEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Pemimpin kanan Taliban memberitahu pentadbiran negara bersedia dengan barisan kepemimpinan merangkumi semua golongan dan bukannya bersikap selektif.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respon terhadap negara Barat yang melabelkan barisan pentadbiran sebagai kerajaan ‘inklusif’ Afghanistan, lapor Al-Jazeera.

Pemimpin itu memaklumkan etnik minoriti sudah mewakili Kabinet yang dibentuk bulan lalu, manakala, golongan wanita akan ditambah kemudian.

AS mahu pemimpin dari kerajaan terdahulu menjadi sebahagian daripada kerajaan ‘inklusif’, mengiktiraf konsesi hak wanita serta akses menyerang militan Daesh.

Duta Khas ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Suhail Shaheen menggesa supaya komuniti antarabangsa menghormati hasrat penduduk Afghanistan.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu semasa delegasi yang diketuai oleh pemangku Menteri Luar, Amir Khan Muttaqi tiba di Doha bagi mengadakan perbincangan dengan pegawai Qatar serta perwakilan dari beberapa negara termasuk Amerika Syarikat (AS).

Pegawai AS termasuk perisikan dan Jabatan Negara akan mengadakan pertemuan pertama dengan Taliban sejak AS mengundurkan tentera dari Afghanistan, 30 Ogos lalu.

Agensi keselamatan dari kuasa serantau dan antarabangsa turut dijangka mengadakan perbincangan dengan delegasi Taliban termasuk Ketua Perisik, Mullah Abdul Haq Wasiq, Menteri Maklumat dan Kebudayaan, Mullah Khairullah Khairkhwa dan Sheikh Shahabuddin Delawar.

Taliban menggesa supaya AS menghormati perjanjian 2020 yang ditandatangani di Doha dan menarik balik sekatan serta tidak membekukan aset bank pusat Afghanistan bernilai bilion dolar.

Kebanyakan pemimpin Taliban termasuk menteri sekarang masih disenarai hitam oleh PBB dan AS.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN