fbpx

8 Disember 2021, 2:54 pm

  TERKINI

Kementerian Agama Indonesia berusaha kurangkan kos umrah

KOS ibadah umrah dapat diturunkan melalui penjimatan kos penginapan jemaah Indonesia.-CNN INDONESIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kementerian Agama (Kemenag) berusaha mengurangkan kos pembiayaan minimum pakej ibadah umrah bagi calon jemaah Indonesia.

Sebelum ini, keputusan Menteri Agama menetapkan pembiayaan penyelenggaraan ibadah umrah sebanyak 26 juta rupiah (RM7,660) sejak Disember tahun lalu, lapor Kompas.com.

Ketua Pemantauan dan Pengawasan Ibadah Umrah dan Haji, Kementerian Agama, Noer Alya Fitra berkata, kos pembiayaan ibadah umrah dijangka lebih murah daripada harga sekarang.

Katanya, pihak Kemenag masih membincangkan kos pembiayaan minimum dengan beberapa pihak berkaitan.

“Semuanya dibincangkan secara bersama seperti kos penginapan, penerbangan serta kuarantin,” jelasnya.

Noer berkata, virus Covid-19 menyebabkan kenaikan pembiayaan umrah sebanyak tiga peratus tahun lalu.

Namun, beliau memberi jaminan besar kemungkinan kos tersebut dapat diturunkan atas beberapa faktor.

“Kos tersebut dapat diturunkan kerana jemaah akan menjalani tempoh kuarantin di asrama Haji milik pihak kementerian.

“Faktor lain adalah tempoh kuarantin yang lebih pendek daripada lapan menjadi lima hari sahaja,” katanya.

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI