Jokowi mahu sijil vaksin antara negara ASEAN diiktiraf - Utusan Malaysia

Jokowi mahu sijil vaksin antara negara ASEAN diiktiraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mahu sektor pelancongan dan perjalanan di negara ASEAN ditingkatkan seiring penurunan kes Covid-19 di Asia Tenggara.

Menurut Jokowi, peningkatan sektor pelancongan dapat dilakukan dengan mengiktiraf sijil vaksin antara negara-negara ASEAN, lapor Kompas.com.

“Pengiktirafan sijil vaksin di rantau ini termasuk kebolehoperasian sistem vaksin perlu segera dilakukan,” katanya semasa Sidang Kemuncak Pelaburan dan Perniagaan ASEAN .

Jokowi juga mahu ASEAN Travel Corridor Arrangement Framework yang digagaskan di Indonesia tahun lalu diimplementasikan segera.

Katanya, negara-negara ASEAN perlu segera mengatur perjalanan bagi kelompok masyarakat yang sudah divaksinasi serta disahkan sihat atau negatif Covid-19.

Oleh itu, beliau mahu sekatan terhadap penduduk ASEAN dikurangkan.

Jelasnya, berdasarkan rekod Organisasi Pelancongan Dunia (UNWTO), tahap sekatan Covid-19 di Asia Tenggara adalah paling tinggi di dunia sebanyak 82 peratus.

“Dengan peningkatan kawalan Covid-19, jumlah sekatan sudah tentu dapat dikurangkan. Sekiranya semua negara ASEAN memastikan keselamatan pergerakan orang ramai, saya yakin ekonomi dapat pulih kembali,” jelasnya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN