Isteri terjun parit selamatkan suami diseret buaya  - Utusan Malaysia

Isteri terjun parit selamatkan suami diseret buaya 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN BARU: Seorang lelaki nyaris maut dibaham buaya selepas diselamatkan isterinya di Desa Pulau Kecil, Reteh, Indragiri Hilir, Riau.

Ketika kejadian, mangsa digigit dan diseret seekor buaya ketika mandi di kawasan parit besar berdekatan rumahnya.

Ketua Polis Indragiri Hilir, Dian Setyawan berkata, mangsa tiba-tiba menjerit meminta pertolongan sebelum didengari oleh anaknya.

Anak mangsa terus memaklumkan ibunya sebelum wanita itu terjun ke dalam parit bagi membantu suaminya naik ke daratan.

“Selepas tarik menarik dengan buaya, mangsa akhirnya berjaya diselamatkan.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kaki akibat gigitan haiwan reptilia itu dan menjalani pembedahan serta rawatan lanjut di hospital,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya