Iklan jalan raya India tiru 'lampu merah, lampu hijau' Squid Game - Utusan Malaysia

Iklan jalan raya India tiru ‘lampu merah, lampu hijau’ Squid Game

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI: Penangan drama bersiri Squid Game yang ditonton 111 juta penduduk dunia dalam tempoh sebulan, nampaknya masih berlanjutan sehingga hari ini.

Terbaru, polis di bandar Mumbai menyampaikan mesej mengenai keselamatan jalan raya berinspirasikan dari drama popular Netflix tersebut, lapor BBC.

Menerusi video yang dimuat naik dalam Instagram Jabatan Polis, tertera peringatan seperti berikut:

“Anda adalah ‘frontman’ (barisan hadapan) semasa ‘permainan’ di atas jalan raya. Anda boleh menyelamatkan nyawa daripada terbunuh. Berhenti ketika lampu trafik berwarna merah,” tulisnya.

Hantaran itu menjadi tular sehingga ditonton ratusan ribu warga maya.

Rata-rata memuji kreativiti yang dihasilkan bagi menyampaikan mesej yang berguna.

Mesej itu diilhamkan daripada permainan pertama drama Korea Selatan iaitu ‘lampu merah, lampu hijau’.

Bagi permainan itu, pemain harus bergerak pantas menuju garisan penamat apabila pengawal menyebut perkataan ‘lampu hijau’.

Apabila pengawal mengatakan ‘lampu merah’, peserta harus menghentikan pergerakan mereka serta-merta.

Jika pengawal dapat mengesan sebarang pergerakan ketika lampu merah, peserta akan ditembak sehingga mati.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya