Ibu kunci mulut anak dirogol, minta Iphone 11 sebagai ganti - Utusan Malaysia

Ibu kunci mulut anak dirogol, minta Iphone 11 sebagai ganti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEDAN: Seorang ibu tidak berhati perut apabila mendiamkan kejadian rogol yang menimpa anaknya, malah tergamak meminta telefon pintar Iphone 11 Pro Max daripada suspek yang merupakan kekasihnya.

Lapor Tribunnews, mangsa dikenali sebagai AM diperkosa oleh teman lelaki ibunya ketika ibu mangsa pergi bekerja, 2 Ogos lalu.

Pembantu peguam, Luqman Sulaiman berkata, lelaki itu memasuki rumah tersebut ketika mangsa sedang tidur di dalam biliknya.

Jelasnya, mangsa tinggal bersama ibunya di Medan Polonia selepas wanita itu bercerai dengan suaminya.

Katanya, walaupun mangsa memberitahu kejadian tersebut kepada ibunya, namun, wanita itu hanya berdiam diri.

Malah, peristiwa hitam itu berlaku buat kali kedua, 20 Ogos lalu.

Mangsa yang merupakan pelajar sekolah menengah di Kota Medan tidak berupaya melawan suspek yang berbadan besar.

“Tidak tahan dengan perlakuan lelaki tersebut, AM memberitahu kejadian itu kepada bapa kandungnya.

“Bapa mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Medan,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN