Hubungan ketenteraan China-Taiwan paling terburuk sejak 40 tahun - Utusan Malaysia

Hubungan ketenteraan China-Taiwan paling terburuk sejak 40 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Kementerian Pertahanan Taiwan menyifatkan hubungan ketenteraan dengan China adalah paling terburuk sejak tempoh 40 tahun.

Lapor BBC, menterinya, Chiu Kuo Cheng turut memberi amaran kepada China yang berupaya melakukan pencerobohan skala penuh ke pulau itu pada 2025.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu selepas China menyaksikan beberapa ‘rekod nombor’ jet tentera ke zon pertahanan udara Taiwan selama empat hari berturut-turut.

Taiwan menganggap dirinya sebagai sebuah negara yang berdaulat.

Bagaimanapun, Beijing memandang Taiwan sebagai wilayah yang terpisah sekali gus tidak menolak kemungkinan penggunaan kekuatan bagi mencapai penyatuan dengan pulau itu.

“Menjelang 2025, China akan menurunkan pembiayaan dan penurunan ke tahap terendah. Negara itu memiliki kemampuan sekarang tetapi tidak akan memulakan perang dengan mudah kerana harus mempertimbangkan banyak perkara lain,” jelasnya.

Dalam pada itu, Kuo Cheng yang menganggotai jawatankuasa Parlimen di Taipei memaklumkan negara itu akan mempertimbangkan rang undang-undang perbelanjaan pertahanan bernilai berbilion-bilion dolar untuk membina peluru berpandu dan kapal perang.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN