Gangguan air di Batam, penduduk terpaksa mandikan jenazah guna air botol - Utusan Malaysia

Gangguan air di Batam, penduduk terpaksa mandikan jenazah guna air botol

PENDUDUK Batam terpaksa mandikan jenazah guna air botol berikutan masalah bekalan air di daerah tersebut. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATAM: Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan Puri Malaka, Sekupang, Batam berdepan dengan masalah ketiadaan air sejak kebelakangan ini.

Keadaan itu menjejaskan aktiviti harian penduduk, selain ada yang terpaksa membeli air botol untuk kegunaan.

Namun, bukan semua penduduk mampu untuk membeli air botol kerana harga yang mahal, selain tidak cukup untuk menampung kegunaan harian.

Ketua penduduk, Arman memberitahu, sejak beberapa hari lepas, penduduk terputus bekalan air dan perkara itu dimaklumkan kepada pihak berkaitan.

“Situasi tiada air ini sudah bertahun kami alami, bukan setakat hari ini sahaja.

“Namun, masalah serupa tetap berulang dan seperti tiada kesudahan,” katanya.

Selain itu, masalah tersebut juga menyebabkan urusan memandikan jenazah penduduk yang meninggal dunia menjadi sukar.

Jelas anggota polis, Syefriadi yang bertugas di Balai Polis Sekupang, pernah ada seorang penduduk meninggal dan ketika itu bekalan air terputus.

Katanya, mereka berdepan kesukaran untuk memandikan jenazah sehingga terpaksa membeli sejumlah air botol untuk menyempurnakan jenazah.

“Dalam agama Islam, tidak elok kita lambat-lambatkan urusan pengebumian, maka kami semua sepakat untuk membeli air botol bagi memandikan jenazah dan mengebumikannya dengan segera.

“Ketika keluarga si mati bersedih, mereka perlu berdepan pula dengan kesukaran untuk uruskan jenazah. Hal ini tidak sepatutnya berlaku,” tegasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya