Gabenor Aceh mahu PUBG disekat - Utusan Malaysia

Gabenor Aceh mahu PUBG disekat

PUBG menjadi ketagihan dalam kalangan masyarakat di Aceh.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Gabenor Aceh, Nova Iriansyah menghantar surat kepada Menteri Komunikasi dan Maklumat supaya menyekat permainan Player unknown’s Battleground (PUBG) serta judi dalam talian yang dilaporkan menjadi ketagihan di Aceh.

Permohonan itu berdasarkan Fatwa Majlis Mesyuarat Ulama (MPU) Aceh mengenai judi dalam talian bersesuaian Undang-Undang Aceh Nombor Enam 2014 mengenai hukum jenayah, lapor CNN Indonesia.

Menerusi surat yang dihantar 5 Oktober lalu, difahamkan judi dalam talian adalah permainan yang menawarkan wang taruhan atau bentuk lain melalui medium internet dan media sosial yang jelas adalah haram.

Surat itu turut menzahirkan kebimbangan oleh golongan ulama, pemerintah dan masyarakat mengenai penggunaan permainan sukan elektronik tersebut dalam kalangan masyarakat Aceh.

“Kami minta pihak menteri mengarahkan Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi dan Internet menyekat kandungan negatif di Aceh seperti permainan PUBG dan judi dalam talian selaras pelaksanaan peraturan dan fatwa Majlis Perundingan Ulama Aceh,” jelasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya