Enam bulan telefon bimbit tertanam dalam perut - Utusan Malaysia

Enam bulan telefon bimbit tertanam dalam perut

TELEFON bimbit yang dikeluarkan dari perut Mohamed Ismail Mohamed menerusi pembedahan. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Seorang lelaki dari Mesir terpaksa menjalani pembedahan kecemasan mengeluarkan sebuah telefon bimbit yang ditelannya sejak enam bulan lalu.

Sekumpulan doktor di Hospital Universiti Aswan melakukan pembedahan untuk mengeluarkan sebuah telefon bimbit kecil yang berada dalam usus Mohamed Ismail Mohamed.

Lapor Odiity Central, banduan itu dibawa ke hospital selepas mengadu sakit pada bahagian perut dan hasil imbasan tomografi berkomputer (CT) menunjukkan terdapat objek asing di dalam usus banduan
itu.

“Lelaki itu kemudian dibawa ke bilik pembedahan dan doktor berjaya mengeluarkan objek yang merupakan sebuah telefon bimbit kecil dibungkus dengan plastik,” jelas laporan tersebut.

Mohamed Ismail dilaporkan semakin stabil dan boleh makan secara normal selepas pembedahan tersebut.

Dia mengaku menelan telefon bimbit tersebut enam bulan lalu seperti yang pernah dilakukannya sebelum ini.

“Pesakit itu mahu mengelak daripada menyerahkan telefon bimbit tersebut kepada warden penjara sekiranya berlaku penggeledahan.

“Dia akan mengecas, membuat panggilan untuk bercakap dengan orang luar dan menelan semula telefon bimbit tersebut,” jelas laporan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya