Duterte akan bersara dari politik - Utusan Malaysia

Duterte akan bersara dari politik

RODRIGO DUTERTE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte memaklumkan beliau tidak akan bertanding jawatan Naib Presiden dalam Pilihan Raya Umum 2022.

Duterte juga mengumumkan beliau tidak akan kembali lagi ke arena politik.

Tindakan tersebut secara tidak langsung membuka jalan kepada anak perempuan pemimpin berkenaan, Sara Duterte untuk bertanding jawatan nombor satu negara itu.

“Sentimen rakyat Filipina yang luar biasa bahawa saya tidak berkelayakan dan ia akan melanggar Perlembagaan untuk memintas undang-undang, semangat untuk bertanding jawatan naib presiden.

“Justeru, hari ini saya mengumumkan persaraan dari politik,” katanya.

Di bawah Perlembagaan, Duterte dilarang untuk mempertahankan jawatannya untuk satu penggal lagi.

Duterte membuat pengumuman mengejut itu dalam satu majlis yang mana beliau dijangka mengumumkan pencalonan.

Setakat ini, Duterte tidak memaklumkan tarikh sebenar beliau akan bersara dari politik. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya