Dua guru sekolah pondok didakwa cabul 25 pelajar - Utusan Malaysia

Dua guru sekolah pondok didakwa cabul 25 pelajar

SALAH seorang suspek yang ditahan kerana mencabul pelajar pondok di Ogan Ilir. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PALEMBANG: Polis Daerah Sumatera Selatan menahan seorang lagi guru yang disyaki mencabul pelajar di sebuah sekolah pondok di Ogan Ilir.

Republika melaporkan, Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah Polis Suma­tera Selatan, Tulus Sinaga berkata, suspek berusia 20 tahun itu merupakan rakan guru yang sebelum ini ditahan dalam kes dan tempat kejadian sama.

Penahanan dilakukan selepas suspek pertama yang berusia 22 tahun disiasat dengan suspek kedua itu didakwa mencabuli 13 pelajar perem­puan.

Suspek pertama didakwa mencabuli lebih 12 pelajar bawah umur.

“Daripada maklumat itu, suspek kedua disyaki mencabul 13 pelajar termasuk pelajar tadika dan Sekolah Menengah Pertama (SMP),” katanya.

Menurut beliau, modus operandi suspek kedua, sama dengan suspek pertama, mereka menggoda dan melakukan ugutan jika mangsa membuat aduan.

Akibat daripada keganasan seksual tersebut, mangsa terpaksa ‘menyembunyikannya’ dan tidak mengatakan apa-apa mengenai perlakukan suspek terhadap mereka.

Namun setelah didekati dan dibantu keluarga, mangsa akhirnya membuat aduan mengenai tindakan suspek kepada pihak polis.

“Mangsa memberitahu mereka dipaksa melakukan seks oral dan diliwat,” jelas Tulus.

Atas perbuatan itu, suspek didakwa mengikut Fasal 82 (1), (2) dan (4) bersama Fasal 76 Undang-Undang No. RI. 17 Tahun 2016 mengenai perlin­dungan anak dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun.

“Polis turut menyediakan bantuan psikologi dan psikiatri untuk memulihkan trauma mang­sa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya