Donald Trump bangga dapat suntikan vaksin Pfizer  - Utusan Malaysia

Donald Trump bangga dapat suntikan vaksin Pfizer 

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendedahkan beliau sudah menerima suntikan vaksin Pfizer sebelum meninggalkan pejabat Presiden, Januari lalu.

Trump sebelum ini tidak mendedahkan jenis vaksin yang diterima bersama isterinya, Melania, lapor Daily Mail.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan mendapatkan suntikan dos penggalak sekiranya diperlukan.

Menerusi temu bual dengan Yahoo Finance Live yang disiarkan semalam, Trump berkata, dirinya berasa sangat gembira mendapat suntikan vaksin Pfizer tersebut.

Sebelum ini, beliau pernah dijangkiti Covid-19 semasa kempen Pilihan Raya Presiden 2020.

“Saya pernah dijangkiti wabak itu dan sekarang sudah kembali pulih sepenuhnya,” katanya.

Beliau sebelum ini pernah disindir oleh penduduk Alabama kerana menggalakkan mereka mendapatkan vaksin.

“Saya percaya ini adalah kebebasan anda sepenuhnya. Namun, saya syorkan anda ambil vaksin. Saya sudah buat dan ia bagus,” ucapnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.