Datuk Bandar Manila sah bertanding jawatan Presiden Filipina  - Utusan Malaysia

Datuk Bandar Manila sah bertanding jawatan Presiden Filipina 

FRANCISCO DOMAGOSO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Datuk Bandar Manila, Francisco Domagoso menghantar pencalonan bagi bertanding jawatan Presiden Filipina, hari ini.

Domagoso, 46, merupakan calon kedua membuat pendaftaran bagi pilihan raya yang dijadualkan berlangsung 22 Mei 2022 selepas bekas petinju negara, Manny Pacquiao.

Beliau berazam mahu memulihkan ekonomi negara dan kehidupan rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Selama ini kita berpecah-belah dan tidak tegas menangani ekonomi negara yang semakin buruk.

“Mari kita pulihkan negara bersama-sama supaya masa depan yang lebih baik terjamin buat kita semua,” katanya selepas menghantar borang pencalonan.

Domagoso merupakan bekas pelakon yang terkenal dengan nama pentasnya, Isko Moreno.

Perwatakan Domagoso yang merendah diri menjadikan dirinya popular di Manila.

Namun, pakar menjangkakan beliau berdepan kesukaran untuk memenangi hati pengundi di wilayah selatan negara itu. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN