Cucuk pen, bateri dalam tubuh badan kekasih - Utusan Malaysia

Cucuk pen, bateri dalam tubuh badan kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang lelaki didakwa melakukan penderaan seksual dengan memasukkan pen penanda papan putih dan bateri silinder ke dalam tubuh badan teman wanitanya.

Mangsa diselamatkan selepas diserang dua lelaki di perhentian bas dan bateri tersebut berjaya dikeluarkan di hospital, Lapor CNA.

Tertuduh berusia 32 tahun itu dihukum penjara 13 tahun, tujuh bulan serta 92 hari dan 12 sebatan.

Dia mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan serangan dengan berniat memasukkan sesuatu ke dalam tubuh badan dan tuduhan jenayah kedua serta lapan pertuduhan lain dipertimbangkan.

Lelaki itu tinggal di pangsapuri bersama kekasihnya berusia 27 tahun dengan ibu serta sepupunya.

Kejadian yang berlaku 19 November 2018 itu berpunca apabila lelaki itu menuduh kekasihnya mencuri barang termasuk skuter elektrik dan pengecas bateri.

Apabila mangsa menafikan mencuri, tertuduh dan sepupunya menjadi berang dan mula menyerang dirinya dengan menampar dan menendang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN