China laksana perintah berkurung di Lanzhou - Utusan Malaysia

China laksana perintah berkurung di Lanzhou

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China melaksanakan perintah berkurung di sebuah bandar yang mempunyai hampir empat juta penduduk, dalam usaha menangani lonjakan kes jangkitan tempatan Covid-19.

Penduduk di bandar Lanzhou diarahkan untuk kekal berada di rumah dan hanya dibenarkan keluar sekiranya terdapat kecemasan.

Sekatan itu dibuat ketika China melaporkan 29 kes penularan tempatan termasuk enam kes di Lanzhou, timur laut wilayah Gansu.

Menurut pegawai di Lanzhou, laluan keluar masuk penduduk akan dikawal dengan ketat dan dihadkan bagi mendapatkan bekalan keperluan asas atau rawatan perubatan.

“Semua jenis komuniti kediaman akan melaksanakan pengurusan tertutup,” jelas pihak berkuasa dalam kenyataan.

Peraturan baharu itu dibuat selepas puluhan ribu penduduk di utara China diperintahkan berada di rumah, dengan akses ke tempat pelancongan sudah dihadkan dan rakyat dinasihatkan untuk tidak meninggalkan bandar melainkan terdapat kecemasan.

Peningkatan kes jangkitan Covid-19 di China dikaitkan dengan varian Delta yang mana jumlah melebihi 100 kes sepanjang minggu lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya