Cari orang hilang, rupanya yang dicari adalah diri sendiri - Utusan Malaysia

Cari orang hilang, rupanya yang dicari adalah diri sendiri

BEYHAN Mutlu menyertai pasukan penyelamat mencari dirinya sendiri di Bursa. - TWITTER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA: Seorang lelaki di Turki dilaporkan menyertai pasukan penyelamat dalam melakukan pencarian orang hilang.

Selepas berjam-jam mengikut melakukan operasi itu, rupa-rupanya individu hilang yang dicari itu adalah dirinya sendiri.

Lapor BBC, Beyhan Mutlu asalnya keluar minum bersama rakan-rakannya Selasa lalu.

Selepas itu, dia berjalan ke dalam hutan di wilayah Bursa.

Disebabkan dia belum pulang keesokan harinya, isteri dan rakan-rakannya membuat laporan mengenai kehilangan Beyhan.

Pihak berkuasa mengerahkan pasukan penyelamat memasuki kawasan hutan dan ketika itu, lelaki itu melihat pasukan tersebut.

Tanpa berfikir panjang, dia memutuskan untuk bergabung dengan pasukan tersebut.

Namun, ketika anggota pasukan penyelamat memanggil namanya, Beyhan terkejut dan menjawab: “Saya di sini”.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN