Buat pertama kalinya, Dubai jadi tuan rumah Miss Universe UAE - Utusan Malaysia

Buat pertama kalinya, Dubai jadi tuan rumah Miss Universe UAE

RATU cantik Mexico, Andrea Meza diumum sebagai pemenang Miss Universe 2020 yang diadakan di Florida, Mei lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Buat pertama kalinya, Dubai akan menjadi tuan rumah penganjuran Miss Universe UAE.

Pengumuman itu dilakukan oleh Miss Universe Organisation dan Yugen Events di Armani Ristorante, Burj Khalifa dekat sini hari ini.

Khaleej Times melaporkan, acara bersejarah itu akan diadakan di La Perle di Al Habtoor City.

Miss Universe UAE telah melantik ahli majlis mempersiapkan acara dan pemenang untuk pertandingan global itu.

Permohonan dan ujibakat untuk Miss Universe UAE akan bermula hari ini, dan boleh dilakukan melalui pendaftaran dalam talian di missuniverseuae.com.

Semua penduduk UAE yang berusia antara 18 hingga 20 tahun boleh mendaftar.

Pemenang rasmi Miss Universe UAE akan mara ke peringkat antarabangsa, edisi ke-70 Miss Universe, yang diadakan di Israel pada Disember ini.

Miss Universe adalah pertandingan kecantikan tahunan terbesar di dunia, dengan anggaran penonton 500 juta.

Edisi 2020 acara itu diadakan pada Mei lalu di Florida, Amerika Syarikat (AS).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya