fbpx

Brownies berbentuk najis kucing popular di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Dinamakan sebagai ‘Brownies Najis Kucing’, hidangan ini semakin mendapat tempat dalam kalangan penduduk Singapura.

Juadah unik itu disediakan oleh sebuah kafe iaitu Nasty Cookie bagi mencari kelainan untuk para pelanggannya.

Seperti namanya, brownies tersebut kelihatan benar-benar seperti najis kucing dalam bekas pasir.

Namun, ‘pasir’ yang diletakkan itu bukanlah pasir sebenar, sebaliknya biskut yang dihancurkan untuk menyerupai bahan tersebut.

Kafe itu memaklumkan, menu tersebut akan ditawarkan untuk masa terhad iaitu dari 16 hingga 31 Oktober.

Menu itu dijual pada harga S$5 (RM15) bagi tiga ketul brownies.

Sebelum ini, kafe tersebut pernah menghasilkan biskut berbentuk seperti nuget sempena hari April Fools.

POPULAR

KOSMO! TERKINI