Beruang curi bungkusan kurier seberat 14.9kg - Utusan Malaysia

Beruang curi bungkusan kurier seberat 14.9kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang wanita dari Tennessee di Amerika Syarikat (AS) terkejut selepas mendapati seekor beruang hitam mencuri bungkusan kurier miliknya di beranda rumahnya.

Lapor portal UPI, Robin Sutherland berkata, gelagat haiwan itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya yang terletak di Gatlinburg.

Jelas Sutherland, video itu menunjukkan beruang tersebut sedang mencuri bungkusan kurier seberat 14.9 kilogram (kg) yang dihantar oleh FedEx, sebelum melarikan diri bersamanya.

“Beruang hitam itu dilihat menghampiri beranda rumah saya dan menghidu serta menyelongkar bungkusan kurier yang baharu dihantar.

“Haiwan itu kemudian menyeret bungkusan itu dari rumah saya,” katanya.

Menurut Sutherland, dia tidak pasti apa yang membuatkan haiwan tersebut berminat dengan bungkusan dibeli itu kerana ia tidak mengandungi sebarang bahan makanan.

“Dalam bungkusan kurier itu hanya terdapat beberapa botol bahan kimia untuk kolam ikan saya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya