Bank Dunia gantung bantuan selepas rampasan kuasa di Sudan - Utusan Malaysia

Bank Dunia gantung bantuan selepas rampasan kuasa di Sudan

GOLONGAN wanita dari kumpulan etnik Murle mengambil bantuan makanan daripada Program Makanan Sedunia (WFP) di Gumuruk, Selatan Sudan, Jun lalu.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHARTOUM: Bank Dunia menggantung bantuan ke Sudan selepas rampasan kuasa tentera terhadap kerajaan peralihan di negara itu sehingga menyebabkan ketidakstabilan politik.  

Lapor BBC, Kesatuan Afrika (AU) turut mengambil tindakan sama dengan menggantung keahlian Sudan daripada blok itu.  

Amerika Syarikat pula membekukan bantuan bernilai AS$700 juta (RM2.9 bilion).  

Bantuan yang digantung itu akan menyebabkan kesan yang lebih buruk terhadap ekonomi Sudan. 

Bank Dunia dan AU memberikan tekanan kepada Ketua Majlis Tertinggi Sudan, Jeneral Abdul Fattah al-Burhan supaya mengembalikan semula pentadbiran kerajaan awam. 

Presiden Bank Dunia, David Malpass berkata, beliau bimbang rampasan kuasa itu akan mendatangkan kesan terhadap proses pemulihan, pembangunan ekonomi dan sosial di negara itu. 

Jelasnya, Mac lalu, Sudan berjaya mendapatkan akses geran berbilion dolar daripada Bank Dunia buat pertama kali dalam tempoh 30 tahun, selepas negara itu menjelaskan tunggakan hutang. 

Sudan menunjukkan sedikit perkembangan dalam ekonomi, selepas berada dalam krisis yang semakin memburuk sejak bertahun-tahun lamanya. 

Perdana Menteri Sudan, Abdalla Hamdok sebelum ini memaklumkan Bank Dunia menyumbangkan sebanyak AS$3 bilion (RM12.4 bilion) kepada Sudan bagi membantu pertumbuhan sektor pertanian, pengangkutan, penjagaan kesihatan dan pendidikan. 

Abdalla ketika menyampaikan ucapan kepada Bank Dunia bulan lalu berkata, perubahan daripada pembiayaan tersebut ‘sudah mula membuahkan hasil’ apabila ekonomi menunjukkan tanda-tanda kestabilan. 

Namun, situasi semasa menyebabkan Sudan bakal dilanda risiko lebih besar.

Dalam pada itu, AU menegaskan akan tetap menggantung Sudan daripada sebarang aktiviti sehingga kerajaan awam dikembalikan semula. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya