Bali dibuka kepada pelancong asing, Malaysia tidak tersenarai - Utusan Malaysia

Bali dibuka kepada pelancong asing, Malaysia tidak tersenarai

Pelancong asing dibenarkan masuk ke Bali bermula semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALI: Malaysia tidak tersenarai dalam 19 negara yang dibenarkan memasuki pusat pelancongan terkenal Indonesia, Bali yang mula dibuka kepada pelancong asing semalam.

Lapor CNN Indonesia, 19 negara itu termasuk Arab saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), New Zealand, Kuwait, Bahrain, Qatar, China, India, Jepun, Korea Selatan, Liechtenstein, Itali, Perancis, Portugal, Sepanyol, Sweden, Poland, Hungary dan Norway.

Ketua Pasukan Covid-19 Indonesia, Luhut Pandjaitan menerusi kenyataan rasmi memaklumkan, kebenaran kemasukan pelancong dari 19 negara itu adalah berdasarkan standard yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Katanya, berdasarkan pemantauan agensi tersebut, situasi Covid-19 di semua negara yang terpilih dalam fasa satu dan dua, selain kadar jangkitan adalah rendah.

“Berdasarkan arahan Presiden Joko Widodo (Jokowi), kerajaan Indonesia memberi kebenaran kepada pelancong dari 19 negara untuk masuk ke Bali dan Riau bermula semalam.

“Semua pelancong perlu menampilkan bukti mereka sudah menerima vaksinasi lengkap dengan waktu minimum 14 hari sebelum datang ke Bali selain perlu menyediakan keputusan ujian saringan Covid-19 yang negatif,” katanya.

Jelas Luhut, selepas masuk ke Indonesia, pelancong perlu menjalani kuarantin selama lima hari dan ujian saringan Covid-19 akan dilakukan sekali lagi pada hari keempat dan jika negatif, pelancong boleh bergerak bebas di Bali.

Beliau memberitahu, kos kuarantin akan ditanggung sepenuhnya oleh pelancong, selain mereka juga perlu memiliki insurans kesihatan yang meliputi perlindungan daripada Covid-19.

Sementara itu, pihak pengurusan lapangan terbang Bali memaklumkan, setakat ini mereka belum menerima penerbangan antarabangsa dari negara yang dibenarkan masuk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.