JAKARTA: Seorang atlet catur wanita berusia 25 tahun dijatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan kerana menendang kemaluan kekasihnya sehingga bengkak.
Lapor Tribunnews, hukuman itu dijatuhkan selepas Hakim Tengku Oyong mendapati Giovanni Chrestella bersalah kerana melakukan penganiayaan sehingga menyebabkan kecederaan terhadap Feliux Julius selari Perkara 351, Undang-Undang Jenayah.
Menurut Pendakwa Raya, Vernando Agus Hakim, wanita itu didakwa berang dengan kekasihnya kerana menyebabkan telefon bimbitnya terjatuh di sebuah rumah, Khamis lalu, kira-kira pukul 4 petang.
Giovanni kemudian menendang muka mangsa sehingga menyebabkan gigi mangsa tercabut dan matanya lebam kemerahan.
“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat luka pada selaput mata sebelah kiri dan lebam pada kelopak kedua-dua belah mata.
“Terdapat beberapa kesan lebam lain di bahagian muka dan perut,” katanya.
Vernando berkata, mangsa tidak mengingati berapa kali dia ditendang sehingga mengenai bahagian kemaluannya yang turut cedera.