AS rancang bina superhighway untuk misi ke bulan - Utusan Malaysia

AS rancang bina superhighway untuk misi ke bulan

SEBUAH superhighway yang dilengkapi dengan hentian pit akan dibina bagi misi perjalanan ke bulan. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) bersiap sedia untuk membina sebuah superhighway di angkasa lepas bagi misi perjalanan ke bulan.

Lapor Daily Star, pembinaan superhighway itu akan dilengkapi dengan beberapa hentian pit.

Komando Pengangkutan AS dan Angkatan Angkasa AS melihat orang ramai akan menggunakan superhighway di angkasa lepas pada masa depan.

Sistem AS itu juga bakal menyaksikan rakan kongsi komersial dan sekutu mampu melakukan perjalanan ulang alik dan tetap ke bulan atau lebih jauh lagi.

Sistem itu dapat dilaksanakan dengan menggunakan beberapa hub yang mana mereka dapat mengisi tangki bahan bakar, melakukan penyelenggaraan lengkap bahkan membuang sampah.

AS ketika ini sedang berusaha membangunkan hentian pit dan mempercepatkan pengoperasiannya dalam usaha mengelakkan China membina hab tersebut terlebih dahulu.

Sementara itu, Ketua angkatan angkasa, Jeneral John Olson berkata, terdapat firstmover advantage atau faedah penggerak pertama dalam isu tersebut.

“Saya berhasrat untuk membantu memimpin negara ke hadapan dengan kerjasama pihak Transportation Command.

“Malah, elemen kepemimpinan luas kami yang lain adalah untuk menyiapkan projek ini terlebih dahulu.

“Dengan cara itu, kita menetapkan standard, doktrin dan pemerintahan antara prinsip yang dipercayai,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.