fbpx

Arab Saudi beri kelonggaran tidak perlu pakai pelitup muka

PENGUNJUNG menyertai parti di resort Saudi Red Sea di Jeddah tanpa memakai pelitup muka lagi.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Menteri Dalam Negeri Arab Saudi mengumumkan individu yang sudah divaksin sepenuhnya tidak perlu lagi memakai pelitup muka di tempat awam.

Bagaimanapun, arahan itu tidak terpakai di Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah kerana semua pengunjung masih wajib memakai pelitup muka, lapor Arab News.

Selain itu, kelonggaran turut diberikan apabila penjarakan fizikal bukan lagi satu kewajipan semasa majlis sosial termasuk semasa berada di dalam pengangkutan awam, restoran dan pawagam.

Dewan perkahwinan turut dibenarkan beroperasi mengikut kapasiti penuh.

Langkah pencegahan masih dikekalkan di beberapa tempat seperti semakan suhu dan status kesihatan menerusi aplikasi Tawakkalna.

Sektor awam dan swasta masih perlu menyediakan pencuci tangan kepada pengunjung.

Penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka menjadi kewajipan di lokasi yang tidak mempunyai semakan status kesihatan.

POPULAR

KOSMO! TERKINI