Arab Saudi batalkan tempoh menunggu 14 hari tunai umrah - Utusan Malaysia

Arab Saudi batalkan tempoh menunggu 14 hari tunai umrah

JEMAAH umrah disambut mesra ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Kementerian Haji dan Umrah memaklumkan jemaah kini tidak perlu membuat tempahan dan menunggu selama 14 hari bagi menunaikan ibadah umrah.

Ketua Pegawai Perancangan dan Strategi kementerian, Dr. Amr Al-Maddah berkata, kapasiti operasi Masjidil Haram untuk ibadah umrah dan solat meningkat dengan ketara selepas ibadah itu dilonggarkan dengan langkah pencegahan dilaksanakan.

Jelasnya, pihak kementerian melonggarkan syarat tersebut bagi jemaah selari dengan perkembangan semasa yang menyaksikan peningkatan permintaan menunaikan umrah.

“Syarat itu tidak diperlukan lagi dan memberikan peluang yang adil bagi semua jemaah,” katanya seperti dilaporkan Arab News. 

Kementerian Dalam Negeri mengumumkan pelonggaran sekatan itu di seluruh Arab Saudi, termasuk di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bagi membolehkan operasi dan kapasiti umrah kembali sepenuhnya.

Peraturan bersolat dengan penjarakan satu meter antara jemaah juga ditamatkan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Dalam perkembangan lain, Kementerian Luar Arab Saudi mengumumkan tempoh sah visa pelawat dari negara yang dilarang mengunjungi negara ini akibat pandemik Covid-19, dilanjutkan sehingga 30 November depan.

Lanjutan visa itu akan dibuat secara automatik tanpa sebarang caj seperti dimaklumkan pihak kementerian menerusi Twitter.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya