Anggota tentera ditembak penjenayah - Utusan Malaysia

Anggota tentera ditembak penjenayah

GAMBAR HIASAN-MEDIA INDONESIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) ditembak oleh kumpulan penjenayah bersenjata di Intan Jaya, Papua.

Lapor CNN Indonesia, mangsa, Sarjan Asep dilaporkan mengalami kecederaan akibat tembakan itu.

Brigadier Jeneral Taufan Gestoro mengesahkan kejadian tersebut.

“Memang benar berlaku insiden tentera ditembak di Kampung Mamba, Intan Jaya.

“Bagaimanapun keadaan anggota tentera itu dilaporkan stabil dan sedang menerima rawatan,” katanya.

Menurut Taufan, beliau tidak mengetahui kronologi kejadian sebenar akibat masalah komunikasi dengan anggota tentera di kawasan tersebut.

Namun, daripada laporan awal memaklumkan Sarjan Asep dari pasukan tentera Mandala ditembak di bahagian perut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya