7 permintaan terakhir yang pelik - Utusan Malaysia

7 permintaan terakhir yang pelik

OLIVER DICKENS, 9, bergambar bersama replika tugu nenek moyangnya, Charles Dickens di Guildhall Square, Portsmouth.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEBERAPA tokoh  dan selebriti dunia meninggalkan wasiat sebelum kematian mereka dengan permintaan terakhir paling aneh seperti ingin dikebumikan di angkasa lepas, mahu jasad dipamerkan di muzium, beri kucing makan dan rambut dibahagikan sesama teman terdekat.

Berdasarkan laporan Medium.com, permintaan tersebut ada yang berjaya direalisasikan dan ada juga tidak dapat dipenuhi oleh pewaris.    

Siapakah tokoh dunia dengan permintaan paling aneh tersebut? 

NAPOLEON BONAPARTE

Tokoh tentera dan ahli politik abad ke-19 ini mahu rambutnya dicukur selepas meninggal dunia dan rambutnya dibahagikan kepada teman terdekatnya sebagai kenangan. 

CHARLES DICKENS  

Tokoh dunia ini terkenal dalam bidang kesusasteraan sebagai penulis novel.

Menjelang kematiannya, Dickens meninggalkan wasiat rumit dan aneh yang memperincikan pakaian yang perlu dipakai oleh individu yang akan datang ke upacara pemakamannya.

Mendiang meminta tetamu memakai skaf, jubah, reben hitam, jubah dan topi. 

GEN RODDENBERRY 

Hasrat terakhirnya adalah ingin dikebumikan di angkasa lepas.

Tokoh yang menghasilkan drama bersiri Star Trek ini meninggal dunia pada 1991, dan permintaan terakhirnya direalisasikan pada 1997 apabila jenazahnya dilancarkan ke ruang angkasa dan disusuli jenazah isterinya pada 2009. 

DUSTY SPRINGFIELD  

Beliau meminta supaya kucingnya yang bernama Nicholas diberi makan dan disimpan dalam rumah pokok dan dilayan dengan baik pada waktu malam sepanjang ketiadaannya.  

HARRY HOUDINI 

Houdini ialah artis pelarian Amerika Syarikat (AS) kelahiran Hungary. 

Mendiang dikenali sebagai pakar silap mata dan pelakon lagak ngeri.  

Houdini meminta isterinya mengadakan acara panggilan mendiang setiap tahun untuk berkomunikasi dengan dirinya. 

Pasangan tersebut membuat kod rahsia yang dipakai untuk memastikan mendiang yang diseru adalah Houdini. 

JEREMY BENTHAM 

Bentham dilahirkan pada 1748 dan tidak pernah berkahwin apatah lagi mempunyai anak. 

Seorang tokoh peguam dan ahli falsafah ini mempunyai hasrat terakhir yang mahu jasadnya dipamerkan di University College London. 

Rakan karib Bentham yang merupakan seorang doktor memenuhi permintaan terakhirnya yang paling aneh dengan membedah tubuhnya sebelum dipamerkan. 

MARILYN MONROE 

Siapa tidak kenal dengan pelakon, model dan penyanyi yang sangat masyhur di Amerika Syarikat (AS). 

Selebriti Hollywood ini meninggal dunia pada usia muda ketika mencecah 36 tahun. 

Mendiang meninggalkan wasiat terakhir dengan mewariskan semua hartanya kepada pengarah filem terkenal, Lee Strasberg yang banyak mengajar dirinya dalam seni lakonan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.