5 maut lelaki serang guna alat pemanah - Utusan Malaysia

5 maut lelaki serang guna alat pemanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NORWAY: Seramai lima orang terbunuh dan dua lagi cedera selepas seorang lelaki menyerang menggunakan alat pemanah di bandar Kongsberg, Oslo.

Difahamkan, suspek melakukan serangan dalam pasar raya Coop Extra dan antara mangsa tercedera adalah anggota polis yang sudah tamat bertugas.

Pihak polis menerima laporan mengenai insiden tersebut kira-kira pukul 6.13 petang (waktu tempatan), lapor BBC.

Pihak polis memberkas seorang lelaki warga Denmark berusia 37 tahun yang dipercayai melakukan serangan itu.

Lelaki itu dipercayai bertindak bersendirian dan pihak polis akan menjalankan penyiasatan sama ada serangan itu mempunyai perkaitan dengan serangan pengganas.

Perdana Menteri Norway, Erna Solberg menyifatkan kejadian itu sebagai ‘mengerikan’.

“Saya faham ramai yang masih ketakutan, namun perlu diingatkan pihak polis sudah mengawal keadaan sepenuhnya,” katanya dalam sidang akhbar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya