NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 46 orang maut dalam banjir kilat akibat hujan lebat di Uttarakhand, utara India.
Lapor BBC, beberapa gambar dan video dari negeri itu menunjukkan jalan raya dinaiki air, kenderaan dan rumah tenggelam akibat banjir dan jambatan runtuh.
Menurut pakar, bencana yang melanda negeri Himalaya itu disebabkan kesan perubahan iklim dan pembangunan yang pesat.
Pegawai kanan polis, Nilesh Bharne berkata, operasi menyelamat masih sedang diteruskan di kawasan terjejas.
Pasukan Tindakan Bencana Nasional (NDRF) mengerahkan 16 pasukan penyelamat yang sudah menyelamatkan kira-kira 300 orang setakat ini.
Ketua Menteri Uttarakhand, Pushkar Singh Dhami menzahirkan ucapan takziah dan mengumumkan pampasan sebanyak 400,000 rupees (RM22,191) kepada ahli keluarga mangsa yang maut dalam bencana tersebut. – AGENSI