43 maut serangan lelaki bersenjata di Nigeria - Utusan Malaysia

43 maut serangan lelaki bersenjata di Nigeria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABUJA: Beberapa lelaki bersenjata daripada kumpulan jenayah yang disyaki menyerang sebuah pasar di kampung Goronyo, barat laut Sokoto, Nigeria.

“Seramai 43 orang disahkan meninggal dunia berikutan serangan penyamun di kampung Goronyo.

“Kejadian berlaku di pasar dan terdapat ramai peniaga,” kata jurucakap kerajaan Sokoto, Muhammad Bello dalam kenyataan.

Jurucakap polis, Sanusi Abubakar juga mengesahkan kumpulan bersenjata itu menyerang Goronyo pada Ahad lalu.

“Pasukan keselamatan kami berada di sana untuk menjalankan siasatan,” katanya tanpa memperincikan butiran lanjut.

Dilaporkan, kumpulan bersenjata menyerang barat laut dan tengah Nigeria dengan menjarah kampung sejak bertahun-tahun.

Namun, serangan menjadi lebih ganas sejak beberapa bulan kebelakangan ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.