25 maut banjir dan tanah runtuh di India - Utusan Malaysia

25 maut banjir dan tanah runtuh di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

THIRUVANANTHAPURAM, Kerala: Sekurang-kurangnya 25 orang maut dalam kejadian tanah runtuh dan banjir yang dicetuskan oleh hujan lebat di barat daya India.

Penduduk di beberapa kawasan di Kerala terputus hubungan sejak hujan lebat melanda negeri ini pada Jumaat lalu.

Hujan lebat yang turun tanpa henti menyebabkan paras sungai meningkat dan melimpah, sekali gus membanjiri banyak kawasan.

Setakat ini, sebanyak 11 mayat mangsa ditemukan di daerah Idukki, manakala 14 lagi ditemukan di Kottayam selepas kedua-dua kawasan itu dilanda tanah runtuh dan banjir kilat.

Selain itu, ribuan penduduk dipindahkan dan sekurang-kurangnya 100 kem penempatan sementara dibina untuk menempatkan mangsa banjir.

Pasukan tentera membantu penduduk tempatan yang terjejas, termasuk melakukan operasi mencari serta menyelamat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN