11 maut kenderaan terjunam gaung di Uttarakhand - Utusan Malaysia

11 maut kenderaan terjunam gaung di Uttarakhand

PASUKAN penyelamat menjalankan operasi menyelamat di lokasi kemalangan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 11 orang maut dan empat lagi cedera selepas sebuah kenderaan terbabas dari jalan pergunungan lalu terjunam ke dalam gaung di Uttarakhand, utara India.

Lapor Xinhua, seorang pegawai di Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Uttarakhand memaklumkan kemalangan itu berlaku di daerah Chakrata, Dehradun.

Pegawai tersebut berkata, pasukan penyelamat dan polis sudah tiba di lokasi kejadian untuk menjalankan operasi menyelamat.

Menurut polis, kenderaan itu dalam perjalanan dari kampung Byla di Bharam Khat, Chakrata menuju ke Vikasnagar.

Ketika kejadian, pemandu terbabit secara tiba-tiba hilang kawalan kenderaan dipandu lalu terbabas ke dalam gaung.

Mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital berdekatan.

Polis mendaftarkan kes ini dan mengarahkan satu siasatan bagi mengesan punca kemalangan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.