Wanita dakwa tertukar ketika bayi terima pampasan RM2.2 juta - Utusan Malaysia

Wanita dakwa tertukar ketika bayi terima pampasan RM2.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Seorang wanita yang tertukar ketika masih bayi menerima bayaran pampasan sebanyak dua juta riyal (RM2.2 juta).

Lapor al-Arabiya, majlis aduan memutuskan wanita itu berhak mendapat ganti rugi kerana kesalahan yang tidak disengajakan itu.

Hospital tempat wanita itu dilahirkan didakwa menyerahkannya kepada keluarga yang salah dan dia dibesarkan dalam keadaan miskin sedangkan keluarga asalnya adalah berada.

Selepas dewasa, wanita itu menyedari penampilan serta personalitinya amat berbeza dari keluarganya.

Sehubungan itu, dia melakukan ujian sid deoksiribonukleik (DNA) selepas berkahwin dengan seorang lelaki dari keluarga yang membesarkannya.

Selepas mengetahui keluarga itu bukan darah dagingnya, wanita itu mengemukakan tuntutan ganti rugi ke Mahkamah Awam Mekah, selain mendakwa dia tidak sempat berjumpa dengan ibu kandungnya yang sudah meninggal dunia.

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN