Wang palsu AS$16,000 dirampas - Utusan Malaysia

Wang palsu AS$16,000 dirampas

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOZAMBIQUE: Kira-kira AS$16,000 (RM66,000) wang palsu disita oleh pihak polis selepas pasukan penyiasat mengesyaki sebuah sindiket bergiat aktif dalam mencetak wang palsu di negara ini.

Lapor BBC, pihak polis sudah memberkas dua suspek dari Angola dan waran tangkap untuk suspek lain akan dikeluarkan.

Warganegara Mozambique, Angola dan Afrika Selatan disyaki menjadi sebahagian daripada sindiket mata wang palsu berkenaan.

Suspek yang ditahan menafikan melakukan kesalahan tersebut dan seorang lagi menjelaskan dia adalah ahli perniagaan yang memasuki negara itu secara sah dua bulan lalu bagi mencari peluang perniagaan dan tidak mengetahu sebab dia ditangkap.

Dolar Amerika mendapat permintaan tinggi di Mozambique kerana mata wang tempatan yang lemah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN