Taliban umum kerajaan baharu hari ini? - Utusan Malaysia

Taliban umum kerajaan baharu hari ini?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Taliban dijangka mengumumkan pembentukan kerajaan baharu Afghanistan selewat-lewatnya hari ini.

Menurut sumber, pengumuman tersebut berkemungkinan dibuat selepas solat Jumaat.

Selain itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan pihaknya memulakan penerbangan menghantar bantuan kemanusiaan di beberapa bahagian di negara ini.

Western Union dan Moneygram menyatakan sistem pemindahan duit ke negara ini juga sudah beroperasi semula.

Kemudahan itu secara tidak langsung dapat membantu penduduk Afghanistan meneruskan kehidupan.

Sementara itu, menteri luar Britain dan Itali bakal mengunjungi beberapa negara jiran Afghanistan dalam tempoh terdekat bagi membincangkan kaedah terbaharu untuk membawa keluar semua rakyatnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya