Squid Game terpalit kontroversi, Mr. A terpaksa padam 4,000 nombor telefon individu tak dikenali - Utusan Malaysia

Squid Game terpalit kontroversi, Mr. A terpaksa padam 4,000 nombor telefon individu tak dikenali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Siri drama Korea Selatan yang sedang hangat di Netflix ketika ini, Squid Game, terpalit kontroversi.

Berita Mediacorp melaporkan, siri tersebut mengisahkan sekumpulan individu yang terdesak akibat kekurangan wang, sanggup menggadai nyawa menyertai permainan berbahaya semata-mata untuk memenangi hadiah wang tunai.

Rancangan itu begitu popular hingga ia menjadi K-drama pertama yang mencapai nombor satu di carta Netflix di Amerika Syarikat.

Populariti rancangan itu bagaimanapun menyusahkan seorang individu.

Dalam drama tersebut, pelakon popular Gong Yoo, mengajak Sung Ki Hoon (dimainkan oleh Lee Jung Jae) untuk mengambil bahagian dalam permainan itu dengan memberinya kad kontak dengan nombor telefon.

Rupa-rupanya, nombor telefon tersebut bukan direka semata-mata bagi siri tersebut tetapi adalah kepunyaan seseorang yang dikenal pasti sebagai Mr. A. Sejak drama itu mula ditayangkan pada 17 September lalu di Netflix, dia sering menerima panggilan dan pesanan teks dari peminat drama tersebut yang berasa curiga.

Menurut Mr. A, yang telah menggunakan nombor telefon itu sejak lebih 10 tahun, dia mendapat panggilan siang dan malam sehingga menjejas kehidupan seharian.

Panggilan yang diterimanya begitu banyak sekali sehingga menyebabkan telefon beliau mati kerana kehabisan bateri, kata Mr. A, yang menambah dia perlu memadam lebih 4,000 nombor.

“Pada awalnya saya tak tahu mengapa, kemudian kawan saya beritahu bahawa nombor saya muncul di Squid Game,” katanya.

Walaupun hanya ada lapan angka dalam nombor yang tertera, berbanding 10 atau 11 yang biasa, kru penerbitan membuat kesilapan kerana hanya memadam tiga angka pertama, iaitu kod kawasan bandar, dan bukan nombor pertengahan atau hujung.

Akibatnya, apabila seseorang menekan lapan nombor itu tanpa kod bandar, panggilan telefon akan tetap terhubung.

Netflix menyatakan ia sedang menghubungi Mr. A dan bekerjasama dengan pasukan penerbit Siren Pictures, untuk leraikan isu itu.

Atas kesilapan tersebut, Netflix boleh didenda hingga 50 juta won (S$57,400).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya