Squid Game terlampau ganas, tak sesuai ditonton kanak-kanak - Utusan Malaysia

Squid Game terlampau ganas, tak sesuai ditonton kanak-kanak

ANTARA adegan Squid Game memaparkan skuad bertopeng berjalan di dalam set berwarna-warni.-NETFLIX
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Drama bersiri Squid Game yang ditayangkan di saluran penstriman digital berbayar, Netflix, mengundang kecaman penonton kerana didakwa sarat dengan adegan ‘berdarah dan kejam’. 

Walaupun drama bersiri sembilan episod itu menduduki kedudukan pertama dalam carta Netflix dalam tempoh empat hari di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK), adegan mengerikan seperti watak yang ditembak di kepala dan pengambilan organ tidak sesuai ditayangkan kepada khalayak ramai.  

Penonton melahirkan kebimbangan berikutan aksi keganasan yang berlebihan ditayangkan dan ramai mengesyorkan drama itu dilarang bagi penonton berusia di bawah 20 tahun kerana ‘terlalu mengaibkan’.

Netflix menerima kutukan terhadap drama yang ditayangkan kerana mengandungi unsur ‘soft porn’ termasuk menghalalkan penculikan, keganasan serta kekejaman yang semuanya dipromosikan di platform tersebut. 

Squid Game mengisahkan tentang permainan tradisional warga Korea Selatan yang disertai individu yang mempunyai permasalahan dalam hidup seperti lambakan hutang dan gangguan emosi. 

Mereka dijemput menyertai permainan kanak-kanak yang akhirnya meragut nyawa demi mengejar kemenangan 45.6 bilion won (RM 161 juta). 

Dalam setiap episod, setiap pemenang akan mara ke pusingan seterusnya, manakala, watak yang tewas akan ditembak mati oleh skuad bertopeng dengan mesingan. 

Menerusi episod akhir drama arahan Hwang Dong-hyuk, watak utama akan beradu antara satu sama lain dan Gi-hun ditugaskan membunuh kawan rapatnya demi memenangi hadiah utama mencecah ratusan juta itu. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya