Sekolah dibuka semula untuk pelajar lelaki di Afghanistan - Utusan Malaysia

Sekolah dibuka semula untuk pelajar lelaki di Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Semua sekolah dan madrasah di Afghanistan dibuka semula untuk pelajar lelaki bermula hari ini.

Pengumuman itu dibuat oleh kerajaan sementara Taliban.

Bagaimanapun, pengumuman itu tidak menyatakan bila sesi persekolahan untuk murid perempuan akan dibuka.

Sebelum ini, sesi pembelajaran bagi pelajar perempuan hanya dibuka semula bagi kelas darjah satu hingga enam.

Taliban membenarkan golongan wanita untuk melanjutkan pendidikan tetapi mereka akan diasingkan dengan pelajar lelaki selain perlu mematuhi etika pakaian yang ditetapkan.

Taliban memegang tampuk pemerintahan di Afghanistan Ogos lalu dan membentuk kerajaan sementara terdiri daripada 33 ahli Kabinet.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN