Polis buru tiga mahasiswa bakar kampus - Utusan Malaysia

Polis buru tiga mahasiswa bakar kampus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA TIMUR: Seramai lapan mahasiswa dari Institut Islam Negeri Madura di Pamekasan didakwa terlibat membakar kampus pengajian itu semasa rusuhan yang berlaku dua bulan lalu.

Lapor Suara.com, daripada jumlah itu, seramai lima orang dikenal pasti sebagai suspek, sementara, tiga yang lain masih dalam buruan pihak polis.

Oleh itu, Unit Siasatan Jenayah Polis Pamekasan, Jawa Timur menggesa tiga mahasiswa tersebut menyerahkan diri bagi memudahkan siasatan pihak berkuasa.

30 Julai lalu, beberapa mahasiswa dilaporkan mengadakan tunjuk perasaan bagi menuntut kos pengajian diturunkan di kampus itu.

Aksi tunjuk perasaan yang berlangsung dalam keadaan tenang kemudian bertukar menjadi tegang sehingga berlaku kerosakan pada kemudahan kampus akibat dibakar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN