Penduduk Afghanistan tidak sabar Taliban bentuk kerajaan - Utusan Malaysia

Penduduk Afghanistan tidak sabar Taliban bentuk kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Semua penduduk Afghanistan tidak sabar menunggu kerajaan baharu yang dibentuk oleh Taliban, bairpun mereka masih ragu-ragu sama ada kumpulan itu mampu menyediakan pentadbiran yang stabil atau tidak.

Penganalisi hal ehwal antarabangsa yang berpankalan di sini, Qais Zaheer berkata, dalam situasi sekarang, penduduk Afghanistan amat memerlukan kerajaan untuk menentukan hala tuju mereka.

Beliau berharap, kerajaan baharu itu akan memelihara hak serta kebajikan rakyat dan kewajipan antarabangsa.

“Dunia perlu mengiktiraf kerajaan pimpinan Taliban kerana kumpulan itu yang akan menentukan hala tuju Afghanistan,” katanya kepada Arab News.

Pengarah Forum Komuniti Awam Afghanistan, Aziz Rafee pula berpendapat, kerajaan pimpinan Taliban seharusnya iklusif, profesional dan memastikan semua lapisan masyarakat dapat menyumbang kepada negara.

“Kerajaan pimpinan Taliban perlu mengambil kira semua aspek dan melibatkan semua peringkat masyarakat, barulah rakyat dapat menikmati semua jaminan yang dijanjikan,” ujarnya.

Bagi penduduk awam, Ali Reza, tiada apa yang dia inginkan selain ekonomi negara ini dapat dimajukan.

Dia menzahirkan harapan golongan peniaga sepertinya akan menerima bantuan dan sokongan yang sewajarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya