Netizen 'geram' penjual bakso mirip artis Korea - Utusan Malaysia

Netizen ‘geram’ penjual bakso mirip artis Korea

PENJUAL bakso mempunyai iras wajah seperti Lee Jong Suk. -INSTAGRAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDUNG: Dek kerana ketampanan wajah penjual bakso yang dikatakan mirip seperti artis Korea Selatan, warga maya dilamun ‘cinta’ akibat terpesona dengan keindahan ciptaan Tuhan itu.

Lapor Detik.com, penjual bakso berasal dari Bandung itu memiliki raut wajah yang putih dengan tangan berurat.

Dia dikatakan persis pelakon Korea Selatan, Lee Jong Suk.

Menerusi Instagram @kulinerbandung, warung lelaki itu bernama ‘Mi Baso Kampung Abah’ yang terletak di Batununggal.

Difahamkan, bakso yang dijual itu juga mempunyai rasa yang sedap dan berbaloi dengan harga yang diletakkan.

Disebabkan gambar yang dimuat naik itu, ramai pengguna media sosial yang mahu ke Bandung demi mencuba keenakan bakso yang disediakan oleh lelaki tersebut.

Malah, ada yang tidak kisah jika tidak dapat bakso yang dipesan, janji diberikan semangkuk cinta oleh penjual.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya