MUI kesal tindakan penduduk rosakkan masjid ajaran sesat - Utusan Malaysia

MUI kesal tindakan penduduk rosakkan masjid ajaran sesat

ANGGOTA polis dikerahkan mengawal keadaan orang ramai yang merosakkan sebuah masjid di Sintang.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak mengambil tindakan ganas termasuk kepada jemaah Ahmadiyah yang dilabel sebagai ajaran sesat. 

Ketua Bidang Pengajian dan Penelitian MUI, Prof. Utang Ranuwijaya berkata, penduduk di Sintang khususnya tidak boleh mengambil tindakan semberono walaupun jemaah itu tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti pengajian atau dakwah. 

Jelasnya, penduduk hendaklah melaporkan sebarang kegiatan ajaran sesat kepada MUI dan pihak polis, lapor Detik.com.  

“Kita tidak boleh membenarkan sama sekali tindakan merosakkan sesebuah binaan yang dilakukan oleh penduduk. 

“Saya juga meminta pihak polis terus mengawasi segala kegiatan Jemaah Ahmadiyah yang jelas melanggar arahan menteri. Jangan sampai berlaku lagi tindakan masyarakat yang mengambil tindakan akibat pihak polis lambat bergerak,” katanya. 

Beliau mengulas mengenai insiden melibatkan ratusan penduduk di Sintang, Jawa Barat yang mahu membakar masjid di kawasan itu, baru-baru ini.  

Tindakan itu dilakukan apabila masjid itu didapati masih dibenarkan beroperasi melibatkan ajaran sesat, Jemaah Ahmadiyah. 

Menurut Utang, peristiwa itu merupakan masalah sensitif kerana Indonesia adalah negara yang melindungi hak asasi penduduknya. 

Sementara itu, Menteri Agama, Yaqut Cholil Qoumas menegaskan insiden merosakkan harta benda dan rumah ibadah yang berlaku di Masjid Ahmadiyah jelas melanggar undang-undang.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN