Model diserang harimau bintang ketika penggambaran - Utusan Malaysia

Model diserang harimau bintang ketika penggambaran

JESSICA Leidolph - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Seorang model diserang seekor harimau bintang ketika melakukan penggambaran di dalam sebuah kandang haiwan itu.

Lapor The Sun, Jessica Leidolph diserang harimau bintang itu dalam satu sesi penggambaran di Jerman pada Ogos lalu.

Leidolph sedang menjalani sesi penggambaran di dalam kandang yang turut membabitkan harimau bintang yang bersara dari pertunjukan.

Akibat serangan itu, model berusia 36 tahun itu mengalami kecederaan teruk pada bahagian wajahnya.

Dilaporkan, Leidolph diserang harimau bintang berusia 16 tahun yang bernama Troja.

Haiwan itu menyerang model itu ketika dia memasuki kandangnya.

Sementara itu, Leidolph mendedahkan harimau bintang itu menyerangnya ketika dia sedang duduk di sebatang pokok.

“Harimau itu menggigit pipi, telinga, kepala saya. Saya kemudian menjerit meminta tolong dan menutup muka dengan tangan saya.

“Beberapa minit kemudian, ambulans dan helikopter bersama pasukan penyelamat tiba di lokasi,” kata Leidolph kepada majalah Bild.

Leidolph terpaksa menjalani rawatan selama dua minggu di hospital selepas kejadian itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya