Minta pakai pelitup muka, juruwang maut ditembak - Utusan Malaysia

Minta pakai pelitup muka, juruwang maut ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang juruwang yang bekerja di stesen minyak maut ditembak oleh seorang pelanggan selepas diminta untuk memakai pelitup muka.

Lapor Sky News, kejadian itu berlaku di sebuah stesen minyak di bandar Idar-Obersteinm, Jerman.

Mangsa merupakan seorang wanita berusia 20 tahun.

Wanita itu maut selepas ditembak di bahagian kepala hanya kerana meminta pelanggan lelaki tersebut mematuhi peraturan Covid-19 dengan memakai pelitup muka.

Lelaki itu yang mahu membeli bir, enggan mengenakan pelitup muka dan meninggalkan stesen minyak tersebut.

Dilaporkan, suspek kembali semula ke stesen minyak itu kira-kira 30 minit kemudian dengan memakai pelitup muka.

“Lelaki itu mengeluarkan pistol dan menembak kepala juruwang tersebut. Mangsa meninggal dunia serta-merta,” kata pandakwa raya, Kai Fuhrmann kepada pemberita.

Menurut pihak berkuasa, suspek berusia 49 tahun itu melarikan diri dari lokasi kejadian.

Namun, suspek menyerah diri kepada polis pada keesokan hari.

Menurut polis, lelaki itu mengaku menembak wanita tersebut kerana berasa marah apabila diminta untuk memakai pelitup muka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya